Tuesday, February 1, 2011

Lelaki Yang Berjaya

  Aku menangis kerana terlalu gembira. Aku bagaikan berada di dalam mimpi kerana aku telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Aku berasa sangat gembira. Kemudian aku terus melompat kegirangan. Ayahku mengucapkan tahniah. Terukir senyuman di wajah ibu bapaku.
 
  Sebelum aku berjaya seperti ini, aku telah menempuh segala kepayahan dan kesusahan. Tidak sia-sia ibuku meleteriku. Ayahku pula sentiasa mengingatkan aku. Ibu dan bapaku selalu menyuruhku membuat latihan bagi subjek matematik. Itulah subjek yang paling aku lemah suatu masa dulu.

  Cikguku tidak putus-putus mengajarku. Dia terus mengajarku tanpa rasa muak. Dialah cikgu yang aku paling suka. Cikgu Zainuddin. Itulah namanya. Dia mengajar dengan keadaan yang serius,kadangkala dia mengajar dengan lawak jenaka dan penuh dengan teka-teki.

  Pada suatu hari, Ibuku memarahi aku kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Aku menghempas pintu bilikku. Aku menangis teresak-esak mengenang peristiwa itu. Tetapi kini aku telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR.

  Itulah cerita tentang hidupku. Segala pahit manis kehidupanku sebelum berjaya seperti ini telah aku tempuhi dan segala latihan yang diberi oleh guruku berjaya aku buat. Kini aku boleh merdeka. Tetapi masih banyak lagi dinding-dinding yang belum aku tempuhi.  

 Nazim bin Aziz
2 Feb 2011

No comments:

Post a Comment