Tuesday, March 29, 2011

kulit

Kudis Tekanan
Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.
Faktor risiko:
  • Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit Parkinson
  • Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
  • Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Kurang zat makanan dan dehidrasi
Tanda & Simptom
  • Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang
  • Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bahagian bawah belakang), kaki(lutut, tumit, jari kaki) dan tulang belikat di bahu
Komplikasi
Fizikal
  • Jangkitan
  • Kesakitan
Psikologi
  • Kemurungan dan keresahan
Sosial
  • Pengasingan
  • Tekanan pada penjaga
  • Masalah kewangan
Rawatan
  • Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna
  • Merawat jangkitan kuman
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    • Kerap mengalihkan posisi pesakit
    • Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
  • Memastikan kawalan kesakitan yang mencukupi
  • Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)
Pencegahan
Bagi mereka yang mengalami risiko yang tinggi :
  • Elakkan tekanan yang berpanjangan pada bahagian badan yang berisiko.
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    • kerap mengalihkan posisi pesakit
    • penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
  • Kulit perlu selalu diperiksa dan pastikan sentiasa bersih dan kering
  • Memastikan pengambilan cecair dan pemakanan yang mencukupi
Rehabilitasi
Nasihat dari kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih carakerja boleh membantu dari segi teknik mengangkat dan mengalih, posisi badan dan alat bantuan.

No comments:

Post a Comment